Tugas Guru | MPPK diarah sedia laporan berkaitan beban, kebajikan guru

  • tahun lalu
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025 diarah menyediakan laporan sulung berhubung beban tugas dan kebajikan guru, yang perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.

Ia sebagai tindakan segera dan arahan pertama supaya laporan sulung MPPK memberikan perhatian kepada teras yang sering kali ditegaskan, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru.