Trafik Musim Cuti | Sasaran sifar kemalangan maut di Kelantan tidak berjaya

  • tahun lalu
Sasaran polis Kelantan untuk mencatatkan sifar kemalangan membabitkan kematian sepanjang Ops Selamat 19 bagi 2023 yang bermula dari 18 hingga 27 Januari depan tidak tercapai.

Ini kerana tiga kematian membabitkan 50 kes kemalangan direkodkan dalam tempoh 24 jam sejak Ops Selamat dilancarkan pada 18 Januari lepas.