Harga Barang | Berhemat dalam pembelian, tangani pembaziran makanan
  • tahun lalu
Dengan harga barangan makanan mula menunjukkan kestabilan, orang ramai diminta agar lebih berhemat dalam pembelian bagi mengelakkan pembaziran.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihak kementerian akan terus mengadakan kempen kesedaran bagi memberi pendidikan kepada orang ramai.

Pada masa yang sama, beliau berkata skim harga maksimum musim perayaan sempena Tahun Baharu Cina berlangsung dari 15 Januari sehingga 29 Januari ini.

Antara barangan, ialah kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk Beijing), ubi kentang import (China), bawang putih (China) dan ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor).
Disyorkan