Pembukaan Sempadan | Perkhidmatan kereta api laju HK-China kembali beroperasi

  • tahun lalu
Sambutan Tahun Baharu Cina kali ini pastinya luar biasa kemeriahannya di China apabila kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Hong Kong dan negara itu beroperasi semula pada Ahad.

Tepat jam 7 pagi waktu tempatan, kereta api pertama berlepas dari Kowloon Barat Hong Kong ke bandar Shenzhen di wilayah Guangdong, China selatan selepas hampir tiga tahun perkhidmatannya digantung.