PAU 2022 | UMNO sertai Kerajaan Perpaduan demi negara
  • tahun lalu
UMNO terpaksa ambil tanggungjawab untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menyelamatkan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun jelas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, parti itu tidak membelakangkan perjuangan asas parti itu.

Sebaliknya memenuhi keperluan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Perikatan Nasional (PN) enggan berbuat demikian.