Rasuah | Bekas Eksekutif Petronas didakwa lagi
  • tahun lalu
Seorang Bekas Eksekutif (Pembinaan) Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu, atas 41 pertuduhan rasuah dan lima pengubahan wang haram berjumlah RM9.65 juta berhubung kerja-kerja penyelenggaraan.

Mohd Amal M. Razalan, 36, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.