Kerjasama | Malaysia-Indonesia boleh bekerjasama untuk kukuh ekonomi

  • tahun lalu
Malaysia dan Indonesia boleh menjalinkan kerjasama yang mampu mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kerjasama itu boleh dilaksanakan bagi memastikan kemampanan industri minyak sawit kerana Malaysia dan Indonesia membekalkan hampir 85 peratus pengeluaran minyak sawit dunia.

Selain itu, Anwar turut mencadangkan agar Malaysia dan Indonesia juga menjalinkan kerjasama dalam pengeluaran tenaga baharu.