Kemelut Di Sabah | Anwar Ibrahim sudah berhubungan dengan Hajiji
  • tahun lalu
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor susulan isu kemelut politik negeri itu pada ketika ini.

Manakala, Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah bercakap dengan Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung perkara sama.

Anwar juga berkata, beliau akan memberi tumpuan khusus kepada isu politik di Sabah selepas pulang dari Jakarta, Indonesia.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Mesyuarat Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.
Disyorkan