Politik Sabah | Lima ADUN BN desak Bung Moktar letak jawatan

  • tahun lalu
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mendesak supaya Datuk Seri Bung Moktar Radin meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah dengan serta-merta.

Desakan itu dibuat menerusi satu kenyataan bersama melibatkan ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin) dan ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari.