PRN | BN Terengganu setuju agih kerusi kepada Pakatan Harapan
  • tahun lalu
Barisan Nasional Terengganu bersetuju untuk mengagihkan kerusi kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rozi Mamat berkata perbincangan terperinci mengenai pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri itu diadakan selepas mendapat arahan daripada pucuk pimpinan parti peringkat pusat.