Jenayah Rogol | Lelaki dipenjara 15 tahun rogol anak tiri

  • tahun lalu
Tindakan keji seorang peniaga warung merogol dan melakukan seks luar tabii terhadapnya anak tirinya membawa padah apabila dipenjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Khamis.

Tertuduh yang berusia 38 tahun dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus tujuh pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Hakim Datin Surita Budin.