COVID-19 | WHO pertikai data dikeluar China berhubung kes kematian

  • tahun lalu
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertikai data yang dikeluarkan China berhubung kes kematian akibat COVID-19 yang didakwa statistik rasminya tidak menunjukkan kesan sebenar wabak berkenaan.

Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan, pihaknya percaya bahawa statistik semasa yang diterbitkan china kurang menggambarkan kesan sebenar wabak dari sudut kemasukan ke hospital, ICU dan jumlah kes kematian.