Piala AFF 2022 | 59,000 tiket dijual, harga RM30 pada aksi lawan Thailand

  • tahun lalu
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Noor Azman Rahman berkata perkara itu berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.