Piala AFF | Harimau Malaya tagih sokongan padu peminat menentang Singapura - Pan Gon
  • tahun lalu
Skuad Harimau Malaya merayu sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat menjelang pertembungan penting antara Malaysia dengan Singapura dalam perlawanan terakhir kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada malam Selasa.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon berkata peminat sentiasa memberi sokongan yang diperlukan pasukannya setakat ini, namun untuk malam Selasa, sokongan luar biasa daripada peminat pastinya akan membantu Malaysia dalam misi merangkul kemenangan ke atas Singapura.
Disyorkan