Gangguan Elektrik | 56 ribu penumpang terkandas di Manila, 361 penerbangan terjejas

  • tahun lalu
Kira-kira 56 ribu penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila, Filipina selepas ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan, ditangguhkan atau dialihkan akibat gangguan bekalan elektrik.

Gangguan yang dikesan di pusat pengurusan trafik udara di lapangan terbang domestik dan antarabangsa Manila sejak Ahad itu menyebabkan peralatan komunikasi dan radar terputus di Manila.