Minyak Masak | Peniaga luar bandar Kedah masih berdepan kekurangan bekalan

  • tahun lalu
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusof berkata pihaknya menerima laporan daripada peniaga luar bandar mengenai kekurangan bekalan minyak masak.

Katanya, isu itu harus diberi tumpuan kerana penduduk luar bandar kebanyakannya terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, dan tidak mampu membeli minyak masak dengan harga yang lebih tinggi.