Tampar pemain | KPM akan jumpa ibu bapa pelajar terlibat

  • tahun lalu
Satu perjumpaan bersama ibu bapa dua pemain pasukan bola tampar perempuan bawah 14 tahun Melaka yang ditampar jurulatih, akan diadakan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan insiden itu.

Menurut Kementerian Pendidikan (KPM), pihaknya memandang serius isu berkenaan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.