[TERKINI] COVID-19 | KKM gesa dapatkan dos penggalak kedua segera

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai yang telah menerima dos penggalak pertama yang melebihi tempoh enam bulan agar mendapatkan dos penggalak kedua serta tidak menunggu vaksin Bivalen.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, ini kerana vaksin Monovalen sedia ada masih sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian.

Ia sebagai sebahagian langkah KKM untuk meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan COVID-19 dalam negara serta kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes COVID-19.