Kelangsungan Operasi | SATYATIM perlukan dana teruskan operasi

  • tahun lalu
Umpama hidup segan mati tidak mahu..

Begitulah nasib Sekolah Agama Tahfiz Anak Yatim Dan Miskin (SATYATIM) yang terletak di Kampung Jerek Baru, Gua Musang, Kelantan yang memerlukan bantuan pelbagai pihak untuk terus beroperasi.

Akibat kekurangan dana, pihak pengurusan SATYATIM tidak dapat menyediakan kemudahan yang selesa termasuklah untuk membaiki bumbung, tingkap dan dinding bangunan yang rosak.