Pelancongan Domestik | MOTAC ada peruntukan naik taraf kawasan pelancongan

  • tahun lalu
Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Noriah Jaafar melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkata, pihaknya sentiasa membentuk kerjasama dengan kementerian lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di setiap kawasan pelancongan.

Jelasnya, setiap kementerian mempunyai peruntukan tersendiri yang boleh digunakan untuk menaik taraf, atau membangunkan sesebuah kawasan mengikut pelan pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan.