Pertubuhan NGO | Pertubuhan Perpaduan Ummah bukan untuk lawan MN

  • tahun lalu
Sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Pertubuhan Perpaduan Ummah dilancarkan semalam selepas menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), 29 Disember lalu.

Menurut Setiausaha Agung Penajanya, Datuk Seri Shahidan Kassim, penubuhannya bermatlamat menyatukan masyarakat di Malaysia tanpa mengira parti selain memfokuskan kepada kerja-kerja kebajikan.