Sultan Johor berkenan terima menghadap Perdana Menteri
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 30 DISEMBER 2022

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Johor pagi tadi, laporan wartawan Sinar Harian Johor, Shahrizal Ahamd Zaini.

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Tambun itu tiba di Istana Bukit Serene pada 10.30 pagi.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 9.55 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Secara keseluruhannya, ia merupakan kunjungan hormat dan lawatan kerja pertama Anwar Menteri ke Johor selepas menjadi Perdana Menteri.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3Gu68fC

#BeritaSemasa #SinarHarian