Dera Kanak-Kanak | Abang mangsa mahu pembelaan terhadap kematian adik

  • tahun lalu
Abang kepada kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia kerana dipercayai didera, mengharapkan pengadilan yang sewajarnya terhadap insiden yang menimpa adiknya.

Menurut Mohd Nasrullah Daniel @ Zainal, hatinya luluh melihat jenazah arwah adik bongsunya itu disolatkan dan dikebumikan lewat petang Rabu.