Kes Demam Denggi | Meningkat 3.5 peratus minggu lepas

  • tahun lalu
Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini dari 18 hingga 24 Disember meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan, satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu itu berbanding lima pada minggu sebelumnya.