Lantikan Politik | Kerajaan hari ini tahu banyak perkara perlu diperhalusi

  • tahun lalu
Situasi pada 2019 di mana Pakatan Harapan membuat lantikan politik bertentangan dengan manifesto mereka, tidak boleh disamakan dengan situasi hari ini.

Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, kerajaan hari ini tahu ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi, termasuk isu kompetensi, ketelusan dan bagaimana mahu memartabatkan urus tadbir yang baik.

Ujarnya lagi, jenama dan imej perlu dijadikan penilaian utama supaya individu yang menerajui sesebuah organisasi tidak dipersoalkan dari segi integriti dan imejnya, sebaliknya akan menampakkan usaha memartabatkan kerajaan dan pendekatan merakyatkan persyarikatan dalam kerajaan.

Disyorkan