Banjir Sabah | Air naik dengan pantas, warga emas selamatkan diri

  • tahun lalu
Hujan berterusan sejak Jumaat memaksa beberapa penduduk di Kampung Suang Punggur, Kota Belud berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Ini susulan rumah mereka yang berada di kawasan rendah dinaiki air.

Seorang warga emas, Narna Sumang, 64 tahun berkata, hujan berterusan menyebabkan air meningkat begitu cepat.