Musim Tengkujuh | Bekalan ikan cukup di seluruh negara - LKIM

  • tahun lalu
Bekalan ikan masih mencukupi untuk menampung permintaan di seluruh negara walaupun ketika musim monsun timur laut atau musim tengkujuh ketika ini.

Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusoff Othman, sungguhpun berlaku sedikit pengurangan pendaratan ikan di Pantai Timur tetapi ia tidak memberi kesan signifikan kerana nelayan di kawasan lain masih dapat turun ke laut seperti biasa.