Cuaca Dunia | Salji tebal dijangka landa pantai Jepun

  • tahun lalu
Salji tebal dijangka melanda pelbagai wilayah di Jepun terutamanya di sepanjang pantai laut Jepun iaitu Hokkaido ke wilayah Chugoku Barat, sehingga Ahad.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun, JMA ketinggian salji dijangka mencecah 152 sentimeter di bandar Oguni di wilayah Yamagata.

Manakala salji di kampung Sekikawa di wilayah Niigata mencecah 117 sentimeter.