Tragedi Tanah Runtuh | Jumlah mangsa disahkan 92 orang, satu masih hilang

  • tahun lalu
Jumlah mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Batang Kali disahkan seramai 92, berbanding 94 individu yang diumumkan sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pembetulan data dibuat berdasarkan maklumat dan laporan daripada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Justeru katanya, setakat petang Khamis, hanya satu individu masih hilang, dengan 30 disahkan terkorban, sementara 61 lagi terselamat.

Mangsa yang belum ditemui adalah seorang kanak-kanak lelaki.