Tragedi Batang Kali | Operasi SAR diteruskan sehingga semua mangsa ditemukan

  • tahun lalu
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang masih hilang ditemukan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, tumpuan operasi SAR ketika ini adalah di sektor A dan C, masing-masing melibatkan hill View dan Riverside.

Sebelum ini, JBPM Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghentikan operasi SAR selepas tujuh hari.