Ekopelancongan | Elak risiko, Retreat 2 Serapi guna perkhidmatan pakar cerun

  • 2 tahun lalu
Penggiat industri eko-pelancongan tidak boleh bergantung kepada produk alam semulajadi semata-mata tanpa mengutamakan faktor keselamatan yang strategik kepada pengunjung.

Selain merujuk kepada pakar kejuruteraan binaan, pengusaha kawasan eko pelancongan Retreat Two Serapi misalnya memastikan setiap struktur di bina menggunakan sistem cerucuk dengan asas yang kekal agar lebih kukuh.

Menurut Pengusahanya, Andrew Lo.. Retreat Two Serapi yang terletak di lereng bukit dibina dengan benteng penahan cerun yang dilengkapi dengan sistem kecemasan awal.