[INFOGRAFIK] 'Hotspot' Banjir Kilat

  • tahun lalu
Beberapa kawasan di Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Notis PRABN yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan empat daerah di Johor dijangka terlibat ialah Johor Bahru iaitu di Plentong; Kota Tinggi (Sedili Besar, Sedili Kechil, Tanjung Surat, Ulu Sungai Sedili Besar); Mersing (bandar Padang Endau, Padang Endau, Triang); dan Muar (bandar, Bandar Maharani, Jalan Bakri, Ayer Baloi) dan di semua kawasan sekitarnya.