Jiwa SME | Pencuci mulut 'viral' nadi kekuatan Surrge Food

  • tahun lalu
Minat luar biasa masyarakat terhadap produk pencuci mulut viral ketika ini memberi kelebihan kepada syarikat Surrge Food & Dessert yang beroperasi di pusat bandar Bertam Perdana, Pulau Pinang.

Meskipun berpengalaman dalam bidang percetakan, namun Mohd Razif Muhiyuddin tekad memulakan perniagaan baharu yang turut membantu suri rumah meraih pendapatan apabila meletakkan produk mereka di premisnya.