Jenayah Terancang | 10 ahli Geng Kabali dijatuhi hukuman penjara 18 bulan

  • tahun lalu
10 daripada 11 ahli ‘Geng Kabali’ yang didakwa terlibat dengan kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa.

Hukuman itu diputuskan selepas kesemua tertuduh berusia antara 25 hingga 43 tahun membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.