Tamat Perkhidmatan | PPTD hormati keputusan demi integriti perkhidmatan awam

  • tahun lalu
Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) menyatakan pendiriannya untuk terus komited menyokong kerajaan perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, disebalik keputusan penamatan khidmat Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Menurut Presidennya, Datuk Isham Ishak, penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) melibatkan proses yang telah melalui saringan dan prosedur yang ditetapkan yang mana keputusan yang diambil telah diteliti dengan teratur oleh Jabatan Peguam Negara.

Disyorkan