Siasatan Rasuah | Polis Belgium lancar 16 serbuan

  • 2 tahun lalu
Polis Belgium lancar 16 serbuan di seluruh Brussels sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Parlimen Eropah dan sebuah negara teluk yang tidak dikenali.

Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan memaklumkan, empat orang ditahan untuk disoal siasat selain penyiasat turut menemukan wang tunai sekitar €600,000 serta merampas peralatan komputer riba dan telefon bimbit.