Isu RM600 Billion | 'Tiada apa yang disorok, sedia kerjasama' - Tengku Zafrul

  • 2 tahun lalu
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan dirinya tidak mendapat sebarang panggilan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dana RM600 bilion dalam kerajaan terdahulu.

Ujar Tengku Zafrul, tiada isu yang ingin diselindungi, malah beliau bersedia memberi kerjasama sekiranya di panggil memberi keterangan.