ESSZONE | Perintah berkurung dilanjut hingga 21 Disember 2022

  • tahun lalu
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 21 Disember depan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, ia meliputi perairan di daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.