Prestasi Sarawak | Unjur impak ekonomi RM2.2 bil bagi acara perniagaan

  • 2 tahun lalu
Sarawak mengunjurkan impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bilion bagi sektor acara perniagaan menjelang tahun 2030.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perkara itu dipacu oleh sasaran sebanyak 1,245 penganjuran acara perniagaan dalam tempoh tersebut.

Acara berkenaan turut mengambil kira terhadap elemen kesan legasi (legacy impact) dan kelestarian sebagai keutamaan pelbagai sektor.