Banteras Rasuah | Mari jadi mata dan telinga kepada SPRM

  • tahun lalu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan wujud sindiket dan kartel monopoli antara penjawat awam dan kontraktor swasta bagi menyeleweng wang daripada projek kerajaan.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khasnya, Datuk Tan Kang Sai berkata, kes penyelewengan itu menarik perhatian ramai pihak kerana individu yang terbabit bukan setakat kakitangan peringkat bawahan malah turut melibatkan pegawai kanan di sektor awam.