Kerajaan Perpaduan | Empat menteri angkat sumpah sebagai Senator
  • tahun lalu
Empat daripada 28 Ahli Jemaah Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pagi ini.
Mereka ialah Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Saifuddin Nasution (Kementerian Dalam Negeri), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Kementerian Luar), dan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.