[TERKINI] Pembentukan Kabinet | Hampir dimuktamadkan, PM menghadap Agong pagi Jumaat

  • tahun lalu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 8 pagi Jumaat.