MITI | Nusantara tingkat hubungan ekonomi Malaysia dan Indonesia

  • 2 tahun lalu
Pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, memberi peluang kepada Malaysia dan Indonesia untuk meningkatkan hubungan ekonomi melalui kerjasama bersama dalam sektor ekonomi yang saling melengkapi.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Lokman Hakim Ali berkata, kementerian sudah mengenal pasti bahawa pembangunan ibu kota baharu itu bakal menyediakan pelbagai peluang dalam pembangunan infrastruktur, bahan bekalan dan perkhidmatan sokongan.