Video Tular | Bomba sahkan murid duduki peperiksaan UPKK dalam banjir
  • tahun lalu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan berlaku kejadian banjir kilat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, Kajang pada Rabu.

Situasi itu menyebabkan sekumpulan murid terpaksa menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam kelas yang dinaiki air.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi Astro AWANI berkata, ia berlaku susulan hujan lebat berterusan tanpa henti melebihi satu jam.
Disyorkan