‘Ambil’ RM3k rugi RM7k, kan dah kena!
  • tahun lalu
‘Ambil’ RM3k rugi RM7k, kan dah kena!

BERITA SEMASA 30 NOVEMBER 2022

Seorang penolong juruukur bahan MBS didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu, atas pertuduhan menerima bayaran RM3,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan permohonan pelan ubah suai rumah tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Rizuan Mohd, 40, bagi pertuduhan pilihan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Artikel: https://bit.ly/3VDrYSt

Muzik: Elevate dari www.bensound.com