Henti pertikai pelantikan Anwar: Annuar Musa
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 29 NOVEMBER 2022

Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri tidak wajar terus dipertikaikan, tegas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, proses pelantikan telah pun selesai dan ia kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk melantik perdana menteri yang pada hemat Seri Paduka mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Justeru, katanya tumpuan kini haruslah memfokuskan kepada pembentukan kerajaan yang mampu menunaikan tugas dan berkhidmat untuk rakyat serta negara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Artikel: https://bit.ly/3ATjfnc

#BeritaSemasa #SinarHarian