Perhilitan | Tiga ekor harimau Malaya ditangkap sejak 2019
  • tahun lalu
Tiga ekor harimau Malaya telah ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Terengganu sejak tahun 2019 hingga 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu,Dr Azman Ibrahim berkata dua ekor harimau masing-masing ditangkap di Felda Kerteh Dua dan Felda Kerteh Empat, Dungun pada tahun lalu.

Manakala, seekor lagi harimau jantan atau lebih dikenali ‘Awang Besol’ telah ditangkap pada julai 2019 di Kampung Besul Lama,Dungun.
Disyorkan