CUEPACS | Kerajaan perlu utamakan penjawat awam berkebolehan

  • tahun lalu
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi keutamaan kepada penjawat awam yang berkebolehan dan kompeten untuk mengisi jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan awam.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata campur tangan politik dalam urusan pelantikan perlu dielakkan bagi membolehkan mereka yang dilantik benar-benar membantu dan dapat memberi nasihat terbaik kepada jemaah menteri.