ASN Sukuk | PNB lancar dana unit amanah pendapatan tetap

  • 2 tahun lalu
Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan dana unit amanah pendapatan tetap yang dikenali sebagai ‘ASN Sukuk’ menerusi syarikat pengurusan unit amanah miliknya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Memberi tumpuan dengan menawarkan pelaburan alternatif yang stabil kepada pelabur, dana unit amanah baharu itu dilancarkan pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada Khamis.