Lapan peniaga rugi RM40,000 diperdaya syarikat pengurusan pengacara
  • tahun lalu
Lapan peniaga rugi RM40,000 diperdaya syarikat pengurusan pengacara

BERITA SEMASA 23 NOVEMBER 2022

Lapan peniaga membuat laporan polis menuntut semula wang daripada sebuah syarikat pengurusan pengacara selepas acara konsert yang sepatutnya dijadualkan pada Ogos lalu ditunda sehingga kini, lapor wartawan Sinar Harian Asyikin Asmin.

Mereka merupakan sebahagian daripada 70 peniaga yang mendakwa diperdaya hingga kerugian RM40,000 berikutan bayaran yang telah dibuat untuk mendapatkan tapak lot berniaga daripada syarikat berkenaan.

Sementara itu, Penyelaras Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Sabah, Jerry Jaimeh mengesahkan lapan peniaga berkenaan telah membuat aduan kepada MHO bahawa mereka diperdaya oleh individu daripada sebuah syarikat pengurusan pengacara pada minggu lalu.


Artikel: https://bit.ly/3EAau2f

Muzik: Elevate dari www.bensound.com


#sinarharian #beritasemasa #sabah